Tip Beli Sofa Bahagian 1

TIP BELI SOFA Bahagian 1
.
Haa..bulan puasa ni mesti ramai hok cari sofa untuk raya, kan?
.
Meh kami kongsi sikit tips untuk beli sofa ni. Nok tahu dok? Nok tahu teruskan baca..
.
Ada 4 komponen penting dalam pembuatan sofa:

1. Rangka sofa
2. Material dalam
3. Material balutan
4. Kaki sofa
.
Mari kita cerita sikit tentang komponen² nih, KENAPA sesebuah sofa tu boleh jadi mahal dan kenapa ada hok muroh.
.
RANGKA SOFA

Benda paling asas lah dalam apa² pembuatan pun..mesti ada kerangka atàu base dia..mcm buat rmh, buat bangunan..almari semua lah ada base dio..

Kebanyakkan sofa ni kerangka asas dia kayu. Kalu pembuat sofa tu pakai semua kayu..maka kukuh lah sofa tu..tapi harganya akan jadi mahal lah. Tapi ada jugok hok pakai kayu belaka, tapi muroh sikit, sebab apa? Sebab dia pakai kayu hok takdok ubat..orang main kayu mesti tahu lah benda ni..kayu hok takdok ubat ni dio senang dimakan bubuk atau anai-anai..

Ada jugok hok campur...pakai kayu sikit, pakai board sikit/plywood..kalu hok muroh² tu..biasa dia pakai board untuk save bajet..sofa akan jadi kurang tahan lah, boleh pakai...kalau pakai cermat, insyaAllah ok..atas bajet masing² lah pulok.

Antara komponen lain hok penting dalam rangka nih, lapik tempat duduk dia..kalau save bajet ni dia akan pakai tali getah sahaja..yang lagi tahan kalau dia pakai panpan..yagg lagi premium, dia akan letok spring..tahan dah sedap duduk.
.
MATERIAL DALAM
.
Haa..ni lagi banyok jenis..ada hok pakai sponge, ada hok pakai foam...foam ni pulok banyok kepadatan (density)..hok paling sedap dah tahan dio panggil high density foam (HD foam)...HD foam ni memang dok kemek, dok tenggelam..tapi harga dia pun akan jadi premium lah.

Kalau yang muroh, biasanya dia akan banyok pakai sponge biasa. Kalau kita tekan pun dapat rasa beza..sponge ni kita test tekan² pun akan rasa rangka sofa ????..tapi kelebihan dia, dia akan muroh lah sofa tu.
.
Ok, kita kongsi 2 tips ni dulu, nanti sambung pulok bahagian 2..fb dok bui tulis panjang² ????
.
#tipsbelisofa