Tips Membeli Tilam (bahagian 1)

TIPS MEMBELI TILAM (Bahagian 1)
..

Hari ni kami nak kongsi serba sikit tips2 yang berguna untuk membeli tilam, supaya lepas ni anda tidak mudah lagi ditipu oleh penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

Biasalah penjual ni kadang2 nak barang mereka dijual je...tapi insyaAllah dengan kami, kami akan syorkan mengikut bajet anda..yang mana ok kami kata ok, yang mana biasa2 je kami bagitahu biasa2 je..
.

Ramai orang buat kesilapan masa nak pilih tilam mana untuk di beli. Antara kesilapan2 biasa yg dilakukan:
.
1. PILIH SEBAB TEBAL!
.
untuk pengetahuan semua, ketebalan tilam adalah bukan faktor utama yang menetukan kualiti tilam tersebut. Tilam tebal tak semesti berkualiti tinggi, yang nipis tak semestinya tidak berkualiti. Pernah tak anda beli tilam tebal...8 inci, 10 inci, 12 inci, 13 inci..tapi pakai 2 3 bulan dah lendut..dan mendap? Sbb apa? sebab faktor utama kualiti tilam terletak pada material tilam tersebut diperbuat..nak cerita pasal material ni panjang lebar..boleh tunggu bahagian ke 2 ????.
.

2. PILIH SEBAB NAMPAK CANTIK!
.
Kecantikan sebuah tilam juga tidak menetukan kualiti dan kesedapannya untuk tidur ????. Ada yang tilam nampak biasa2 je, tapi tahan lama, sedap tidur dan berkualiti. Kalau betul nak tengok tilam cantik tak cantik, tengok jahitan pada tilam tersebut. Ada tilam yang hanya ada jahitan bahagian tepi sahaja dan ada tilam yang tiada jahitan langsung. Lebih cantik jahitan dan ada jahitan pada semua bahagian tepi dan atas tilam di kedua2 belah tilam, tilam tersebut lebih bekualiti.
.

3. BELI SEBAB JENAMA!
.
Vono, Goodnite, Dreamland, Sweetdream..mesti anda pernah dengar jenama2 ni kan? Tahukah anda, anda boleh dapatkan tilam setanding Vono dengan harga yang lebih rendah dengan kualiti yang sama tetapi jenama biasa2 je? Jenama2 yang gah ini kadang2 mahal sebab mereka berjaya bina branding mereka, padahal material dalam tilam sama sahaja yang digunakan oleh jenama2 biasa ni..apa2 pun untuk beli tilam, anda kena tanya balik diri anda..sama ada anda nak tilam berjenama atau tilam yang sedap tidur, tahan lama tapi jenama biasa2 je pada harga yang lebih rendah.
.

4. MATERIAL SAMA TIDAK SEMESTINYA SAMA KUALITI
.
Pernahkah anda bandingkan 2 tilam yg diperbuat dari material yang sama dan mempunyai ketebalan yang sama tetapi mempunyai harga yang berbeza? Tahukah anda sebab apa? Sebab kualiti tilam juga ditentukan oleh berat dan kemampatan material tersebut. Lebih berat dan mampat tilam tersebut..ianya lebih berkualiti kerana ia lebih padat. Tapi hati2, anda hanya boleh banding faktor berat dan mampat ini antara material yang sama sahaja dan bukan antara 2 material yang berbeza..sebab ada material yg ringan, tetapi berkualiti seperti HD foam dan sebagainya. Contoh, anda tak boleh banding tilam yg diperbuat dari rebond foam dengan tilam yg diperbuat dari rubber foam. Sbb rubber foam lebih ringan tetapi lebih berkualiti dari rebond foam.
.
Setakat ini saja dulu perkongsian kami mengenai tilam. InsyaAllah, kalau berkelapangan..kami akan sambung lagi.
.
Harapnya perkongsian serba sikit ini dapat membantu anda.
.
Untuk mengetahui lebih banyak tips2 untuk memilih barangan perabot lain mcm almari, sofa, meja makan ke..
.
boleh like & follow kami
Kedai Perabot Kak Zah
.
Kalau rasa tips ni bermanafaat, boleh la share ????..
.
#kzperabot
#kongsitips
#perabotsetiu
#tipsmembelitilam