
HABIS DAH DUIT AYAH?
.
Hari tu datang satu keluarga ke kedai dengan menaiki proton iswara usang. Turun kereta satu keluarga, si ibu sambil dukung anak kecil, ada seorang kakak dipimpin oleh si ayah.
.
Melangkah masuk ke kedai, katanya nak cari katil. Terus staff kami tunjukkan pilihan yang ada.
.
Excited si isteri sambil tunjuk-tunjuk " hok ni comey jugok bea"..suami senyum aje mengiakan sahaja.
Lepas tengok-tengok, tanya si suami " hok ni berapo?"
"Hok ni kita offer, harga pun promosi doh..kita boleh bui RM xxx" jawab staff kami.
.
Termenung kejap si suami sambil tengok si isteri dan anak yang tengah excited. Nampak macam tengah pikir panjang.
"Ok lah, saya ambik hok ni" lalu si suami menuju ke kereta, nak ambik duit katanya.
Masuk kereta kejap, terus pergi meja kaunter nak bayar, sambil si kakak teman.
.
Lepas dah ambik lokasi rumah semua. Si ayah keluarkan dompet dan hulurkan duit nak bayar.
Si kakak yang terkebil-kebil tengok, terus berkata " habis doh duit ayoh?"
Si ayah dengan tenang jawab sambil senyum dan bersahaja " habis doh..licin doh.."
Luluh hati bila dengar perbualan mereka. Kami pun bukan lah kenal sangat keluarga ini. Tapi dari jauh tengok keadaan mereka, sekali imbas bukan lah dari orang berada. Si ayah cuba sedaya upaya menyediakan kelengkapan rumah yang sebaik mungkin. Duit yang ada mungkin baru sahaja dicucuk keluar dari mesin ATM tadi. Mungkin bukan sahaja untuk guna beli perabot malah nak guna beli barang keperluan lain.
.
Sebelum kami keluarkan resit dan pulangkan baki..
"Tapo la bea, kita kurang sikit lagi, kita bagi rm xxx je.."
Senyum si ayah penuh makna. Nilai yang kami kurangkan mungkin tak banyak, tapi mungkin serba sedikit dapat ringankan beban keluarga ni. Nilai yang sedikit tu mungkin boleh buat beli barang keperluan lain.
Biar untung tak seberapa, tapi biar dapat bantu serba sedikit..????
#kzperabot
#kisahhidup
#kitajagakita